Didownload dari Blog : https://www.blogger.com/profile/06292566728385269020
Bangsa Melayu menurut ulama Ahli
Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang
bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama,
Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah
dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa melayu adalah
dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI.
'Hilang' kerana 'saudara' mereka
dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang'
juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui
empayar dan menguasai bumi atas nama Islam. Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang
hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini
dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang
disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,“Satu kaum dari Timur (Pemuda
Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada
Al-Mahdi.” Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang
dimaksudkan ialah, bangsa melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan,
kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang
hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat. Ini
juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau
Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.
“Ya Tuhan kami, utuskanlah di
kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau
dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau
Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri
kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami
pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.
” Doa Nabi Ibrahim diperkenankan
Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di
timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan
mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang
membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka
sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra
Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas
Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka
Sumber : https://kelabraja.blogspot.com/2016/01/melayu-asal-usul-melalui-pandangan-ahli.html
Foto : Istana Sultan Siak, Provinsi Riau